Sunday, February 19, 2017

Pengalaman makan di tmpat awam.

Pengenalan Sistem Katering

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada saudara dan saudari kerana mengunjungi blog saya pada hari ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian kerana meluangkan masa untuk melihat blog saya ini.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya iaitu M. Saiful Azril tapi saya banyak mempunyai gelaran yang diberikan kepada saya. Antaranya, Bob, Kedah, dan sebagainya. Walauapapun, saya tetap menerima gelaran yang diberikan kepada saya. Malahan, umur saya baru je 19 ,muda lagi kan apa pon kita kena menyahut cabaran sehingga mencapai kejayaan yang dikehendaki.

Pada hari ini saya telah diberikan tugasan secara berkumpulan dan telah diberikan satu kumpulan kepada sepuluh orang untuk membuat tugasan ini. Selain itu, untuk tugasan ini kami diberikan kepada empat kumpulan untuk menjayakan tugasan ini. Seterusnya, kami juga diberikan tugasan setiap kumpulan ialah tiga tempat untuk kami kaji tentang pengalaman makan di tempat yang ditugaskan. Antara tempat-tempat yang ditugaskan ialah cafeteria hospital, night market, dan food court.

Seterusnya, tugasan ini banyak menemui orang ramai dan ini memerlukan keyakinan yang tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai. Tugasan yang pertama ialah food court saya telah memilih tempat yang berhampiran dengan tempat saya di giant seksyen 13.

Seterusnya, tempat yang seterusnya adalah night market iaitu di perdana seksyen 13. Akhirnya, cafeteria hospital yang berdekatan adalah Hospital Shah Alam seksyen 7 semua kajian ini diambil bertujuan untuk merasai pengalaman makan di tempat tersebut.

Giant Food Court seksyen 13


Tempat tumpuan ramai selepas penat membeli belah dan tempat untuk melepak bersama kawan-kawan.

Night Market Perdana seksyen 13


Tempat tumpuan ramai kerana terdapat macam-macam barang dijual seperti baju, seluar dan bahan mentah serta banyak makanan dijual dengan harga yang berpatutan.

Cafeteria Hospital Shah Alam



Menawarkan makanan yang menyihatkan tubuh badan dan makanan juga berpatutan.