Wednesday, April 12, 2017

pasar malam perdana




PASAR MALAM
Perdana, Shah Alam



Pasar malam perdana


Pasar malam merupakan tempat tumpuan orang ramai dan ia menjadi tumpuan pelancong bagi tempat tersebut. Selain itu, pasar malam juga tempat untuk orang ramai membeli barangan rumah  kerana pasar mempunyai banyak orang yang meniaga barangan rumah dan mempunyai banyak pilihan untuk dipilih. Contohnya, pinggan mangkuk, pisau, dan barangan kaca yang anda minati untuk perhiasan rumah.

Pasar  malam melaksanakan perkhidmatan katering. Oleh itu, para pelanggan yang datang terdiri daripada pekerja pejabat, para pelajar universiti, pelajar kolej dan dikalangan keluarga juga turut hadir ke tempat tersebut.
Seterusnya, peniaga pasar malam juga ada menjual makanan dan minuman kepada pelanggan. Contohnya, makanan yang sedap dijual kepada pelanggan antaranya  murtabak, roti john, ayam goreng, char koey teow dan satay yang menjadi pilihan orang ramai untuk membelinya sebagai juadah makan malam.



Gerai King roti john

Harga jualan roti john juga berpatutan dan anda dapat membeli pelbagai jenis roti john yang
disediakan kepada pelanggan. Antaranya ialah king john biasa, king john special, king john cheese   dan king john cheese special.

Saya memilih gerai ini kerana ia menggunakan resepinya sendiri dan segala bahan- bahan yang disediakan semuanya segar dari ladang. Oleh itu, ramai pelanggan yang datang kerana resepinya yang superb dan sedap.


Contoh roti john biasa



Malahan, harga yang ditetapkan juga berpatutan dan saiz hidangan makanan juga bertepatan dengan harga tersebut. Antara harganya ialah rm5.00 untuk roti john biasa, rm7.50 untuk roti john special, rm9.50 untuk roti john cheese dan rm11.50 pula untuk roti john cheese.


kupon

Antara daya tarikan yang terdapat pada gerai roti john pula ialah para pelanggan akan dapat kupon untuk di cop setiap kali pembelian. Oleh itu, setiap kupon memerlukan sepuluh cop untuk mendapat roti john secara percuma.

Jadi para pelanggan perlulah datang untuk merasai King Roti John di pasar malam perdana, shah alam. Sekian terima kasih.




Sunday, March 26, 2017

Cafeteria hospital

HOSPITAL CAFETERIA
Hospital, Shah Alam

Keadaan Cafeteria Hospital

Hospital cafeteria merupakan tempat yang boleh untuk mencari makanan yang sihat kerana ia mengikut sukatan pakar pemakanan yang diberikan oleh jabatan kesihatan malaysia. Antaranya, makanan dan minumannya ialah sandwich, beraneka jenis salad dan pelbagai jenis lauk- pauk yang sihat untuk kita makan serta pelbagai jenis minuman disediakan kepada pelanggan yang hadir.

Selain itu, makanan yang menarik dijual di hospital Shah Alam  ialah makanan pastry kerana ia tidak dijual di mana-mana cafeteria hospital. Contohnya, puff, cake dan sebagainya. Oleh itu, para pelanggan boleh datang untuk menikmatinya dan harganya juga berpatutan serta sedap...ampa mai cuba nohhh...

                                             Papan kenyataan kalori makanan                                            

Malahan, makanan yang disediakan semuanya telah mengikut sukatan keperluan makanan harian kita dan makanan yang dibuat telah mengikut saiz hidangan serta kandungan kalori ia juga memudahkan para pelanggan untuk mengambil makanan mengikut keperluan kalori yang diperlukan dalam kehidupan seharian.


                                                            Antara menu yang disajikan.

Caferia hospital juga menyediakan konsep layan diri kerana pelanggan perlu memilih makanan yang hendak makan dan kita perlu order dan ambil sendiri di stesen yang disediakan. Oleh itu, ia juga
dapat menjimatkan kos dan mengurangkan tenaga pekerja.
Para pelanggan juga dapat jimat jika makan di cafeteria hospital kerana ia dibawah sektor kerajaan. Seterusnya, kerana makanan dan minuman di cafeteria telah mendapat subsidi daripada kerajaan.
Oleh itu, para pelanggan yang datang terdiri daripada keluarga dan pekerja hospital.

Malahan, kedai runcit juga memainkan peranan yang penting kerana ia memudahkan keluarga pesakit untuk membeli barangan keperluan kepada pesakit yang ingin dilawati di hospital tersebut.
Kedai runcit hospital

Walhal, para pelanggan yang hadir ke cafeteria hospital ialah waris kepada pesakit dan pekerja hospital yang berada disitu. Oleh itu, ia juga mempunyai kedai runcit untuk memudahkan para pekerja dan waris membeli barang yang diperlukan.


Selain itu, kebersihan juga diambil berat dalam penyediaan makanan dan kawasan kafeteria juga sangat bersih serta sangat sesuai untuk para pelanggan makan di situ. Cafeteria hospital juga menyediakan banyak kemudahan kepada pelanggan antaranya ialah tempat makan, tempat basuh tangan, tandas, serta kedai runcit.

Akhirnya, caferia hospital juga amat sesuai untuk para pelanggan makan di sana kerana segala kemudahan serta kebersihan dijaga rapi oleh pihak cafeteria tersebut.
SEKIAN TERIMA KASIH.....

Food Court

FOOD COURT
Giant, Shah Alam.

Food court merupakan tempat yang dikunjungi orang ramai untuk makan dan minum bersama kawan- kawan serta keluarga. Tempat ini merupakan tempat yang strategik untuk meniaga makanan kerana ia merupakan satu tempat yang berada di dalam shoping complex yang menjual makanan dan minuman.


Food court, Giant

Selain itu, food court ialah tempat orang meniaga pelbagai jenis makanan dan minuman kepada pelanggan. Contohnya, mee sizzling, nasi campur, beraneka nasi goreng serta pelbagai jenis minuman iaitu teh ais, beraneka jenis jus buah- buahan dan minuman panas.

Malahan, food court merupakan tempat yang selesa kerana menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan yang makan di tempat tersebut. Contohnya, meja makan serta kerusi yang selesa dan kebersihan yang terbaik disediakan untuk para pelanggan.


Keadaan food court


Food court juga menggunakan konsep layan diri kepada pelanggan supaya pelanggan dapat memilih makanan yang mereka gemari untuk membelinya. Konsep ini juga amat bagus kerana pihak food court tidak perlu mencari ramai pekerja dan ini dapat menjimatkan kos serta tenaga pekerja.




Di food court juga menyediakan cendol dan ABC kepada para pelanggan yang hadir ke tempat tersebut. Oleh itu, para pelanggan perlulah mencuba cendol ini kerana menjadi kegilaan orang ramai kerana rasanya yang sedap dan terbaikkk.

GERAI CENDOL JUGA MENYEDIAKAN

Akhirnya, food fourt merupakan tempat yang sesuai untuk makan bersama keluarga dan kawan- kawan serta sesuai untuk melepak minum- minum bersama kawan- kawan lama.





Sunday, February 19, 2017

Pengalaman makan di tmpat awam.

Pengenalan Sistem Katering

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada saudara dan saudari kerana mengunjungi blog saya pada hari ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian kerana meluangkan masa untuk melihat blog saya ini.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya iaitu M. Saiful Azril tapi saya banyak mempunyai gelaran yang diberikan kepada saya. Antaranya, Bob, Kedah, dan sebagainya. Walauapapun, saya tetap menerima gelaran yang diberikan kepada saya. Malahan, umur saya baru je 19 ,muda lagi kan apa pon kita kena menyahut cabaran sehingga mencapai kejayaan yang dikehendaki.

Pada hari ini saya telah diberikan tugasan secara berkumpulan dan telah diberikan satu kumpulan kepada sepuluh orang untuk membuat tugasan ini. Selain itu, untuk tugasan ini kami diberikan kepada empat kumpulan untuk menjayakan tugasan ini. Seterusnya, kami juga diberikan tugasan setiap kumpulan ialah tiga tempat untuk kami kaji tentang pengalaman makan di tempat yang ditugaskan. Antara tempat-tempat yang ditugaskan ialah cafeteria hospital, night market, dan food court.

Seterusnya, tugasan ini banyak menemui orang ramai dan ini memerlukan keyakinan yang tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai. Tugasan yang pertama ialah food court saya telah memilih tempat yang berhampiran dengan tempat saya di giant seksyen 13.

Seterusnya, tempat yang seterusnya adalah night market iaitu di perdana seksyen 13. Akhirnya, cafeteria hospital yang berdekatan adalah Hospital Shah Alam seksyen 7 semua kajian ini diambil bertujuan untuk merasai pengalaman makan di tempat tersebut.

Giant Food Court seksyen 13


Tempat tumpuan ramai selepas penat membeli belah dan tempat untuk melepak bersama kawan-kawan.

Night Market Perdana seksyen 13


Tempat tumpuan ramai kerana terdapat macam-macam barang dijual seperti baju, seluar dan bahan mentah serta banyak makanan dijual dengan harga yang berpatutan.

Cafeteria Hospital Shah Alam



Menawarkan makanan yang menyihatkan tubuh badan dan makanan juga berpatutan.