PASAR MALAM
Perdana, Shah Alam
Pasar malam merupakan tempat tumpuan orang ramai dan ia menjadi tumpuan
pelancong bagi tempat tersebut. Selain itu, pasar malam juga tempat untuk orang
ramai membeli barangan rumah kerana
pasar mempunyai banyak orang yang meniaga barangan rumah dan mempunyai banyak
pilihan untuk dipilih. Contohnya, pinggan mangkuk, pisau, dan barangan kaca
yang anda minati untuk perhiasan rumah.
Pasar malam melaksanakan perkhidmatan katering. Oleh itu, para pelanggan yang datang terdiri daripada pekerja pejabat, para pelajar universiti, pelajar kolej dan dikalangan keluarga juga turut hadir ke tempat tersebut.
Seterusnya, peniaga pasar malam juga ada menjual makanan dan minuman kepada
pelanggan. Contohnya, makanan yang sedap dijual kepada pelanggan antaranya murtabak, roti john, ayam goreng, char koey teow dan satay
yang menjadi pilihan orang ramai untuk membelinya sebagai juadah makan malam.
Harga jualan roti john juga berpatutan dan anda dapat membeli pelbagai jenis roti john yang
disediakan kepada pelanggan. Antaranya ialah king john biasa, king john special, king john cheese dan king john cheese special.
Saya memilih gerai ini kerana ia menggunakan resepinya sendiri dan segala bahan- bahan yang disediakan semuanya segar dari ladang. Oleh itu, ramai pelanggan yang datang kerana resepinya yang superb dan sedap.
Saya memilih gerai ini kerana ia menggunakan resepinya sendiri dan segala bahan- bahan yang disediakan semuanya segar dari ladang. Oleh itu, ramai pelanggan yang datang kerana resepinya yang superb dan sedap.
Contoh roti john biasa
Malahan, harga yang ditetapkan juga berpatutan dan saiz hidangan makanan juga bertepatan dengan harga tersebut. Antara harganya ialah rm5.00 untuk roti john biasa, rm7.50 untuk roti john special, rm9.50 untuk roti john cheese dan rm11.50 pula untuk roti john cheese.
kupon
Antara daya tarikan yang terdapat pada gerai roti john pula ialah para pelanggan akan dapat kupon untuk di cop setiap kali pembelian. Oleh itu, setiap kupon memerlukan sepuluh cop untuk mendapat roti john secara percuma.
Jadi para pelanggan perlulah datang untuk merasai King Roti John di pasar malam perdana, shah alam. Sekian terima kasih.





No comments:
Post a Comment