Wednesday, April 12, 2017

pasar malam perdana




PASAR MALAM
Perdana, Shah Alam



Pasar malam perdana


Pasar malam merupakan tempat tumpuan orang ramai dan ia menjadi tumpuan pelancong bagi tempat tersebut. Selain itu, pasar malam juga tempat untuk orang ramai membeli barangan rumah  kerana pasar mempunyai banyak orang yang meniaga barangan rumah dan mempunyai banyak pilihan untuk dipilih. Contohnya, pinggan mangkuk, pisau, dan barangan kaca yang anda minati untuk perhiasan rumah.

Pasar  malam melaksanakan perkhidmatan katering. Oleh itu, para pelanggan yang datang terdiri daripada pekerja pejabat, para pelajar universiti, pelajar kolej dan dikalangan keluarga juga turut hadir ke tempat tersebut.
Seterusnya, peniaga pasar malam juga ada menjual makanan dan minuman kepada pelanggan. Contohnya, makanan yang sedap dijual kepada pelanggan antaranya  murtabak, roti john, ayam goreng, char koey teow dan satay yang menjadi pilihan orang ramai untuk membelinya sebagai juadah makan malam.



Gerai King roti john

Harga jualan roti john juga berpatutan dan anda dapat membeli pelbagai jenis roti john yang
disediakan kepada pelanggan. Antaranya ialah king john biasa, king john special, king john cheese   dan king john cheese special.

Saya memilih gerai ini kerana ia menggunakan resepinya sendiri dan segala bahan- bahan yang disediakan semuanya segar dari ladang. Oleh itu, ramai pelanggan yang datang kerana resepinya yang superb dan sedap.


Contoh roti john biasa



Malahan, harga yang ditetapkan juga berpatutan dan saiz hidangan makanan juga bertepatan dengan harga tersebut. Antara harganya ialah rm5.00 untuk roti john biasa, rm7.50 untuk roti john special, rm9.50 untuk roti john cheese dan rm11.50 pula untuk roti john cheese.


kupon

Antara daya tarikan yang terdapat pada gerai roti john pula ialah para pelanggan akan dapat kupon untuk di cop setiap kali pembelian. Oleh itu, setiap kupon memerlukan sepuluh cop untuk mendapat roti john secara percuma.

Jadi para pelanggan perlulah datang untuk merasai King Roti John di pasar malam perdana, shah alam. Sekian terima kasih.