Sunday, March 26, 2017

Food Court

FOOD COURT
Giant, Shah Alam.

Food court merupakan tempat yang dikunjungi orang ramai untuk makan dan minum bersama kawan- kawan serta keluarga. Tempat ini merupakan tempat yang strategik untuk meniaga makanan kerana ia merupakan satu tempat yang berada di dalam shoping complex yang menjual makanan dan minuman.


Food court, Giant

Selain itu, food court ialah tempat orang meniaga pelbagai jenis makanan dan minuman kepada pelanggan. Contohnya, mee sizzling, nasi campur, beraneka nasi goreng serta pelbagai jenis minuman iaitu teh ais, beraneka jenis jus buah- buahan dan minuman panas.

Malahan, food court merupakan tempat yang selesa kerana menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan yang makan di tempat tersebut. Contohnya, meja makan serta kerusi yang selesa dan kebersihan yang terbaik disediakan untuk para pelanggan.


Keadaan food court


Food court juga menggunakan konsep layan diri kepada pelanggan supaya pelanggan dapat memilih makanan yang mereka gemari untuk membelinya. Konsep ini juga amat bagus kerana pihak food court tidak perlu mencari ramai pekerja dan ini dapat menjimatkan kos serta tenaga pekerja.




Di food court juga menyediakan cendol dan ABC kepada para pelanggan yang hadir ke tempat tersebut. Oleh itu, para pelanggan perlulah mencuba cendol ini kerana menjadi kegilaan orang ramai kerana rasanya yang sedap dan terbaikkk.

GERAI CENDOL JUGA MENYEDIAKAN

Akhirnya, food fourt merupakan tempat yang sesuai untuk makan bersama keluarga dan kawan- kawan serta sesuai untuk melepak minum- minum bersama kawan- kawan lama.





No comments:

Post a Comment